Chicken Dry Chilli

Ramuan / Bahan

2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
200 gm isi ayam (dipotong dadu dan goreng hingga kekuningan)
5 tangkai cili kering (dipotong tiga)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 tangkai daun bawang (dipotong sepanjang 2 inci)
batang lobak merah (dipotong halus) 1 sudu besar kicap cair
Serbuk perisa
cawan air
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu besar minyak masak
1 inci halia muda (dihiris halus)

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan biarkan. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan halia, bawang, lobak merah, cili kering dan ayam. Gaul hingga sebati. Masukkan tepung jagung dan daun bawang. Sekiranya kuah terlalu pekat, bolehlah ditambah sedikit air. Biarkan reneh buat seketika. Angkat dan hidangkan bersama nasi untuk hidangan makan tengah hari.