Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Cemburu Kasih

Ramuan / Bahan

4 keping peha ayam
10 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
4 hiris lengkuas
4 batang serai-dihiris 1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar serbuk kari daging
½ biji kelapa-ambil ½ cawan santan pekat dan ½ cawan santan cair
¼ cawan minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang

Cara-cara

Cili merah, cili padi, bawang merah, lengkuas dan serai dikisar halus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar dan serbuk kunyit hingga garing. Masukkan ayam dan tutup periuk. Apabila air ayam keluar, tuangkan santan cair. Apabila mendidih, masukkan santan pekat serta serbuk rempah. Biarkan hingga pekat, perisakan dengan garam serta gula. Sebelum diangkat dari dapur patah-patahkan daun bawang ke dalam kuah. Hidangkan.