Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Cemburu Kasih

Ramuan / Bahan

4 keping paha ayam
10 ulas bawang merah
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
4 hiris lengkuas
4 batang serai(dihiris) 1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
2 sudu besar serbuk kari daging
½ biji kelapa(ambil ½ cawan santan pekat & ½ cawan santan cair)
¼ cawan minyak untuk menumis
1 tangkai daun bawang

Cara-cara

Cili merah, cili padi, bawang merah, lengkuas & serai dikisar halus. Panaskan
minyak, tumis bahan kisar & serbuk kunyit hingga garing. Masukkan ayam & tutup periuk. Apabila air ayam keluar, tuangkan santan cair. Apabila mendidih masukkan santan pekat serta serbuk rempah kari. Biarkan hingga pekat, perisakan dengan garam serta gula. Sebelum diangkat dari dapur patah-patahkan daun bawang ke dalam kuah. Hidangkan.