Bergedil Ayam

Ramuan / Bahan

4/5 biji ubi kentang
3 ketul ayam
Daun bawang
4 sudu besar bawang goreng
sudu besar rempah daging
sudu kecil serbuk lada
2 biji telur
Garam
Minyak secukupnya

Cara-cara

1. Ubi belah dua rebus bila empuk toskan.

2. Daging ayam direbus toskan.Asingkan
isi ayam dan cincangkan .

3. Ubi di buang kulit dan lenyekan hingga jadi doh .

4. Daun bawang dipotong halus .

5. Masukkan daging ayam,daun bawang lada, rempah ,garam dan bawang goreng kedalam ubi gaul mesra.

6. Pecah telur dalam mangkuk pukul.

7. Panaskan minyak dalam kuali, bentukkan adunan di atas seperti guli tekan sedikit .

8. Celup dalam telur dan goreng dengan api sederhana hingga masak.