Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Bebola Ayam Kukus

Ramuan / Bahan

300 gm isi ayam
1 biji telur
3 sudu besar cuka buah
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar tepung sagu
1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil minyak
4 batang sawi putih
½ kiub ayam
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
Sedikit garam

Cara-cara

Bersihkan ayam dan dipotong kecil-kecil. Campurkan kesemua bahan dengan ayam kecuali minyak, tepung sagu dan sawi. Kisar hingga semua bahan halus dan sebati. Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung sagu dan kacau rata. Buatkan bebola ikut suka dan susun dalam pinggan tahan gelombang mikro, kemudian tutup dengan 'cling film' dan masak selama 3 minit (HIGH). Dalam bekas yang lain panaskan minyak 3 minit (HIGH), masukkan bawang putih dan biarkan selama 4 minit (HIGH). Bancuh 1 sudu kecil tepung sagu dengan 1/2 cawan air dan curahkan ke dalam bawang putih tadi, tambahkan garam dengan kiub ikan bilis serta sayur, masak lagi selama 2 minit (HIGH). Tuangkan kuahnya di atas bebola ayam yang telah dimasak, sedap dihidangkan panas.