Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Zaireny Tumis Bersantan

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam, dipotong lapan
8 biji buah tomato, dipotong 6
20 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 cm halia muda
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga 2 sudu kecil jintan putih, ditumbuk
2 sudu kecil ketumbar, ditumbuk
Santan pekat dari satu biji kelapa
2 sudu kecil jintan manis, ditumbuk
4 helai daun limau purut
8 sudu besar cili kering kisar

Cara-cara

Hiris kesemua bawang dan halia. Tumiskan bahan yang dihiris bersama buah pelaga, ketumbar, jintan putih dan jintan manis dalam setengah gelas minyak hingga naik bau. Masukkan cili kisar bersama buah tomato. Tumis dengan api yang kecil hingga cili garing dan buah tomato sedikit hancur. Kemudian masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan airnya kering, tuangkan santan dan biarkan mereneh, masukkan garam. Kemudian masukkan hirisan daun limau purut sebaik sahaja api dimatikan.