Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Terayaki dan Salad Ceasars

Ramuan / Bahan

600 gm daun salad (lettuce)
80 gm roti bakar (keras)
20 gm keju parmesan (keping)
50 gm daging hiris
140 gm daging ayam
50 ml sos terayaki Bahan-bahan mayonis:
450 ml mayonis
10 gm bawang putih (dicincang)
10 gm ikan bilis (digoreng dan dikisar hingga halus)
5 gm lada sulah
25 gm keju parmesan (diparut)

Cara-cara

Perap ayam denga sos terayaki selama 4 jam. Selepas itu panggan sehingga masak. Susun daun salad di atas pinggan dan letakkan ayam. Tuangkan mayonis ke atasnya sebelum dihidangkan. Untuk membuat mayonis pula, campurkan kesemua Bahan-bahan Mayonis sehingga sebati menjadi campuran mayonis. Jika suka anda juga boleh membeli mayonis yang telah siap di kedai.