Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Tepanyaki

Ramuan / Bahan

3 keping dada ayam (isi sahaja)
(lain-lain bahagian pun boleh asalkan isi sahaja)
200 gm taugeh
200 gm kobis - diracik
1 biji keret - diracik 2 sudu makan kepingan bawang putih
½ @ 1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan minyak masak untuk menumis Kicap cair secukup rasa

Cara-cara

1. Ayam dipotong-potong sebesar ibu jari dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan masukkan kepingan bawang putih (diramas sedikit hancur.)Setelah kekuningan (jangan sampai hangus) masukkan ayam.
3. Masukkan lada putih, minyak bijan, kicap cair dan biarkan ayam sedikit garing.
4. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan sedikit lecur.