Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Paf Gebu

Ramuan / Bahan

125 ml air
60 gm mentega
60 gm tepung serbaguna
Garam
100 gm kentang (direbus) 40 gm majerin
60 ml susu segar
Serbuk lada hitam
3 biji telur (dipukul)
Minyak - untuk menggoreng

Cara-cara

Jerang air bersama mentega hingga menggelegak. Padamkan api, masukkan tepung yang diayak bersama secamca teh garam dan pukul hingga menjadi doh. Rehatkan selama 10 minit.

Lecek kentang bersama majerin, susu segar, garam dan serbuk lada hitam.

Masukkan telur sedikit demi sedikit di dalam adunan tepung, kacau kuat. Bubuh pula kentang dan kacau sebati.

Panaskan minyak (jangan terlalu panas), letakkan secamca demi secamca adunan dan goreng hingga keperangan.