Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Sedap Gelap

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang & dikerat dua)
2 sudu garam
1 sudu lada sulah
1 sudu air limau nipis

Bahan Kuah:
2 sudu marjerin
3 ulas bawang merah (diparut)
360 ml air
3 keping asam gelugur
1 sudu kicap cair ½ sudu buah pala parut
2 batang lada hijau (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 sudu kicap pekat
Garam secukup rasa
1 ikat daun ketumbar (dicincang)
4 tangkai daun pudina (dipetik daunnya & dicincang)

Cara-cara

Campurkan garam,lada sulah,air liamu nipis,buah pala & bahan tumbuk bersama-sama.Lomorkan & perapkan ayam dengan campuran ini selama 2-3 jam. Panggang ayam itu hingga rata kuningnya.
Untuk memasak kuahnya. Pijarkan marjerin diatas api yanag sederhana.Goreng baeang merah hingga layu,Kemudian kecilkana api. Masukkan bahan-bahan selebihnya kecuali daun ketumbar & daun pudina.Masukkan ayam. Didihkan perlahan-lahan hingga masak & hanya sedikit sahaja kuah yang tinggal.Rasalah garamnya. Senduk kedalam pinggan& hiaskan dengan bahan-bahan yang telah dicincang.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran & sambal.