Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Sari

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
10 biji cili merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
5 cm halia (dikisar)
4 biji cili merah (dibelah)
2 biji tomato (belah 2)
250 ml susu cair
250 gm susu pekat
250 gm sos tomato
100 gm sos cili Bahan Giling:
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 biji lada sulah
4 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil jintan pedas
4 tangkai daun sup (dihiris)
500 ml minyak
1 senduk minyak sapi
Garam secukup rasa
750 ml air

Cara-cara

Ayam dibelah 4 tetapi adalah lebih baik jika dibiarkan seekor (buangkan kepala saja). Jika ayam tidak dipotong, cucuk-cucukkan kulitnya supaya ia tidak menggelembung. Kemudian lumurkan ayam dengan bahan yang dikisar tadi. Perapkan seketika. Panaskan minyak masak dengan minyak sapi bersama di dalam kuali. Kemudian gorengkan ayam sehingga garing. Angkat & ketepikan. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan Bahan Giling sehingga naik baunya. Masukkan susu pekat, susu cair, sos tomato, sos cili & garam. Setelah sebati masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Masukkan pula ayam. Setelah kuah agak pekat, barulah dimasukkan cili merah & tomato. Sesuaikan rasa & angkat. Taburkan daun sup & hidangkan.