Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Panggang SHR

Ramuan / Bahan

1 kg chicken wings
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inchi halia
2-3 sudu besar lada kering kisar
garam dan serbuk perasa
2 sudu besar sos chili maggi
1 sudu makan ketumbar biji (digoreng tanpa minyak)




bahan untuk sos:

2 sudu besar minyak masak
sebiji telor
3-4 sudu besar sos chili maggi.

Cara-cara

Blender bahan diatas termasuk ketumbar biji dan kemudian perapkan chicken wings bersama bahan kisar tadi kira kira 1/2 jam. kalau lama sikit lebih sedap dan meresap. Untuk bahan sos pula, campurkan semua bahan hingga sebati. Kemudian panaskan api bbq atau panggang kedalam oven dengan menggunakan api atas sahaja tapi jgn terlalu panas. Apabila ayam kering sedikit bahagian yang terkena api disapu sos. begitulah seterusnya hingga masak. Jika pakai oven pun lakukan langkah yang sama. Jgn masak terlampau kering, nanti hilang pula rasanya.