Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Panggang Selera Pantang

Ramuan / Bahan

223 gm ayam
1 batang serai - ditumbuk
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
½ sudu kecil jintan putih - ditumbuk
1 cm lengkuas - ditumbuk
1 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk 4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit garam
1 keping asam gelugur
½ cawan air

Cara-cara

Bersihkan ayam, lumur dengan garam dan sedikit campuran bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi. Panggang hingga masak menggunakan ketuhar atau dapur arang. Apabila masak, ketuk-ketuk sedikit menggunakan bahagian leper pisau agar isinya pecah-pecah sedikit dan bahan kuah masuk hingga ke dalam isi. Panaskan sedikit minyak, tumis campuran bawang tumbuk hingga wangi masuklah pula campuran jintan tumbuk kacau hingga garing. Tuangkan air dan masukkan asam gelugur serta garam. Didihkan hingga kuah separuh kering, masukkan ayam dan balik-balikkan sebentar hingga ayam berpalut dengan bahan tumis tadi. Hidangkan dengan nasi panas.