Ayam Panggang Rosemary

Ramuan / Bahan

Bahan-Bahan Untuk Ayam:

1 ekor ayam(dibersihkan)
3 ulas bawang putih(dimesinkan)
bawang besar(dipotong bulat-bulat)
bawang besar(dipotong 2 besar-besar)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh Rosemary herb
sudu teh serbuk Oregano
1 sudu besar Lea Perrin's Worcester Sauce
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun Bahan-Bahan Untuk Gravy:

25 gm mentega(salted butter)
Tepung gandum
cawan air panas



Cara-cara

Cara Memasak Ayam Panggang Rosemary:

1. Perapkan ayam bersama garam, bawang putih,rosemary,oregano, lada hitam dan Worcester Sauce selama 45 minit.

2. Sumbatkan bawang besar yang dipotong besar ke dalam ayam.

3. Letakkan bawang besar yang dipotong bulat diatas ayam.

4. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas ayam.

5. Masukkan ayam tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

6. Masak lebih kurang 35-40 minit atau sehingga cecair jernih keluar dari ayam apabila dicucuk dengan garfu. Hidangkan Ayam.

Cara Membuat Gravy:

1. Setelah ayam diangkat, tuangkan air panas ke dalam bekas memanggang dan kacau untuk mendapatkan baki minyak dan jus yang ditinggalkan ayam panggang tadi. Ketepikan.

2. Di dalam periuk, panaskan mentega dengan api kecil sehingga cair.Angkatkan dari dapur. Masukkan tepung sehingga campuran menjadi pekat kacau hingga sebati.

3. Masukkan air tadi dan kacau sebati diatas dapur dengan api yang kecil. Masak sehingga pekat sedikit dan jangan masak terlalu lama. Hidangkan.