Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Panggang Ringkas

Ramuan / Bahan

4 ketul paha ayam (dibersihkan)
5 camca besar sos berbeku
Sedikit garam
Sedikit perahan limau nipis Bahan untuk hiasan:

1 biji cili
Sedikit daun parsli
1 biji bawang besar yang kecil (dihiris bulat nipis)

Cara-cara

Gaulkan paha ayam bersama sos berbeku, garam dan perahan limau nipis di dalam mangkuk sehingga ia sebati.

Aturkan ayam di atas pemanggang, kemudian letakkan di atas dulang pembakar.

Panggang ayam selama 40 minit atau sehingga ia masak sambil diterbalikkan sekali-sekala.