Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Panggang Natal

Ramuan / Bahan

1 ½ kg ayam
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum
Sedikit mentega
½ cawan air Bahan-bahan inti:
2 keping roti
2 camca besar susu segar
2 camca besar mentega
3 biji bawang besar, dimayang
3 ketul hati ayam, dicincang
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Cara-cara

Gaul ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan tepung gandum. Setelah inti dimasukkan ke dalam ayam dan dijahit, letakkan ayam di dalam pinggan tahan panas. Letakkan sedikit mentega di atas ayam dan dituang air di dalam bekas ayam. Panggang ayam sejam atau hingga kuning di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu.

Cara membuat inti:
Roti direndam di dalam susu segar. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan hati ayam, roti, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata. Angkat dan sejukkan. Masukkan inti ke dalam ayam dan jahit.