Ayam Panggang Merah

Ramuan / Bahan

cawan minyak untuk menumis
375 ml pati santan, daripada sebiji kelapa
Garam dan gula secukupnya
1 ekor ayam, dibersihkan dan dibiarkan seekor
10 tangkai cili kering-dikisar
8 biji bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar 1 camca teh jintan kasar-dikisar
1 camca sedang ketumbar-dikisar
1 batang serai-dikisar
1 cm halia-dikisar
1 cm halia lengkuas-dikisar
5 biji buah keras

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan pati santan, garam, gula dan ayam. Balik-balikkan ayam supaya masaknya rata. Apabila ayam tiga suku masak dan kuahnya pekat baru diangkat. Letakkan ayam di dalam dulang bakar yang dialas daun pisang atau kertas timah. Curahkan kuah pekat dan panggang di dalam ketuhar hingga ayam kuning.