Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Merah ala Pasta

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka)
garam (secukup rasa)
kunyit (ikut suka)
1 biji telur
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu cili boh/giling
sos tomato (setengah botol)
sos cili (setengah botol)
kicap (secukup rasa)
serbuk/sos spagetti (secukup rasa)
hirisan bawang merah (jika suka)
½ biji lada hijau (dihiris/potong dadu)
2 biji cili merah (dihiris)

Cara-cara

gaulkan ayam dengan garam, kunyit dan telur. Kemudian perapkan 10 minit.
bawang besar dan bawang putih dikisar dan kemudiannya ditumiskan ke dalam kuali. Masukkan cili boh/giling tumis seketika dan masukkan sos tomato, sos cili dan kicap, kemudian masukkan serbuk/sos spagetti. Masukkan ayam yang diperap tadi dan gaulkan. Akhir sekali masukkan hirisan bawang, lada hijau dan cili merah dan tunggulah sehingga masak.