Ayam Arjuna

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak sapi
300 gm ayam, dicincang
4 camca besar serbuk badam
1 camca teh serbuk kunyit
camca teh garam masala
1 camca teh serbuk ketumbar
Sedikit air
1 cawan pati santan, daripada sebiji kelapa 3 biji tomato, dihiris kecil-kecil
1 biji limau nipis, diperah airnya
Gula dan garam secukupnya
6 biji bawang merah-dikisar lumat
1 biji bawang besar-dikisar lumat
3 cm halia-dikisar lumat
6 tangkai cili hijau-dikisar lumat

Cara-cara

Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bahna-bahan kisar dan kacau hingga ia wangi. Masukkan ayam. Kacau lagi hingga kering airnya. Masukkan serbuk badam, serbuk kunyit, garam masala dan ketumbar. Kacau hingga ia terbit minyak baru masukkan sedikit air (2-3 camca besar)jika perlu. Tuang pati santan dan kacau di atas api perlahan hingga ia mendidih. Akhir sekali masukkan tomato, air limau, gula dan garam. Pastikan cukup rasanya. Apabila kuah mendidih baru diangkat.