Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam masak usik

Ramuan / Bahan

1 kg ayam (bersihkan dan buang kulit)
½ cawan minyak masak
50 gm bawang putih(kisar)
50 gm bawang merah(kisar)
50 gm halia muda(cincang halus)
2 labu bawang besar (mayang)
1 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk jintan manis
1 camb serbuk kunyit
1 batang cili hijau/ 1 btg cili merah
1 biji tomato
garam, ½ camt lada sulah dan serbuk perasa

Cara-cara

Gaulkan ayam dengan bawang merah, bawang putih, halia,serbuk kunyit, ketumbar, jintan dan lada sulah. Panaskan minyak, masukkan ayam. goreng hingga setengah masak, tambah sedikit air jika perlu.
Masukkan garam. Masak lagi, apabila hampir masak masukkan bawang besar, cili dan tomato yang telah di potong. Angkat.