Ayam Masak Ungkep Kering

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam kg./tua (pencen)
cawan minyak
air anggaran untuk melembutkan ayam
Bahan Bumbu/rempah
50 gm ketumbar dan jintan manis
1 ibu jari kunyit hidup
1 buku bawang besar
3 ulas bawang putih
2 ibu jari halia
semua bahan dikisar
6 batang serai dititek.
garam dan gula ikut rasa

Cara-cara

Masukan ayam dan semua bahan bumbu/rempah kedalam kuali,berserta air dan minyak.Masak dan tutup kuali,masak secara perlahan.Masak sehingga air kering dan ayam lembut dan seperti digoreng agak garing.Angkat dan hidang