Ayam Masak Opor

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji kelapa( biji dijadikan kerisik dan biji lagi dijadikan santan)
2 batang serai
2 sm halia
3 ulas bawang putih
4 labu bawang besar
2 sudu besar cili 1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 keping asam gelugur
5 ulas bawang merah dimayang untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Pijarkan minyak, kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang. Bila telah kuning masukkan bahan yang telah digiling tadi kacau hingga garing. Setelah itu masukkan santan, ayam dan kerisik. Biarkan mendidih dan pekat kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa. Bila telah cukup kering bolehlah diangkat.