Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Lemak Dengan Kacang Panjang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam(dipotong kecil - kecil)
10 batang kacang panjang(dipotong 2 inci menyerong)
15 - 20 biji cili padi(dikisar)
2 batang serai(dikisar)
Sedikit halia(dikisar)
3 ulas bawang merah(dikisar)
3 cawan santan pekat
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit air
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Ayam dipotong kecil - kecil dan dibasuh bersih. Dalam kuali,masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama - sama ayam dan 1 cawan santan dan sedikit air.
Masakkan sebentar. Bila telah setengah masak, masukkan kacang panjang, garam,serbuk kunyit(agak - agak) serbuk perasa dan lebihan santan tadi. Masak lagi sehingga ayam tersebut masak dan kuah kering sedikit dan bolehlah diangkat.