Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Kicap Pahang

Ramuan / Bahan

½ ekor daging ayam(digoreng separuh masak)
2 sudu makan kicap pekat
kicap manis (secukup rasa)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit rempah tumis
2 inchi gula melaka
2 biji tomato
daun limau purut
minyak


bahan dikisar:
2 sudu cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
serai
1 biji kentang dipotong halus

Cara-cara

Goreng ayam terlebih dahulu. Angkat dan asingkan. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah tumis. Tumis sehingga naik bau dan tumisan menjadi sedikit pekat.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, gula melaka, garam dan serbuk perasa.Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Bila sudah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng.

Gaul rata, masukkan hirisan tomato & daun limau purut.Masak selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ayam benar-benar masak.