Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Kicap Ala Jawa

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (saiz sederhana)
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
10 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk kunyit
4 biji cili merah/hijau
1 ulas bawang besar
Asam jawa sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk menumis:

6 sudu makan minyak
1 @ 2 kumtum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih

Cara-cara

- Ayam dipotong 16 bahagian dan dicuci.
- Digaul dengan garam dan kunyit serta digoreng separuh masak.
- Bawang kecil, bawang besar dan halia dikisar dan ditumis berserta bahan penumis sehingga naik baunya.
- Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan ketumbar.
- Biarkan sedikit garing, masukkan kicap dan air asam jawa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng.
- Masukkan bawang besar dipotong bulat dan cili merah/hijau yang dibelah empat.

- Masukkan kicap