Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Hijau

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam (dipotong kecil-kecil)
5 batang cili besar hijau
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 labu bawang besar
3 sudu besar serbuk rempah kurma
50 sen pati santan
minyak masak
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Cili besar hijau, bawang merah, bawang putih, bawang besar,halia dan serbuk rempah kurma dimesin sehingga halus.

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang dimesin tadi, kacau sehingga nampak garing,masukkan ayam yang telah dipotong tadi kedalam bahan tersebut dan dikacau sekali sekala sehingga mendidih, kemudian masukkan garam,serbuk perasa dan santan kacau sekali sekala dan biarkan ia sampai masak dan kuahnya sedikit kering.