Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kentang Beraneka Rasa

Ramuan / Bahan

6 biji kentang (potong dadu)
2 biji telur
½ botol sos tomato
5 sudu besar sos cili
sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara

1) goreng kentang hingga garing. angkat dan toskan minyak.
2) tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
3) masukkan sos tomato dan sos cili di dalam kuali. kecilkan api.
4) setelah sos mendidih, pecahkan telur dan gaulkan sehingga sebati.
5) akhir sekali, masukkan kentang yang sudah di goreng ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.
6) hidangan sudah siap untuk di makan.