Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Kukus Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 sudu makan bawang merah yang telah
ditumbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih ]digiling
3 biji buah pelaga ]hingga
4 biji buah keras ]lumat
1 sudu makan biji ketumbar] 1 sudu makan halia tumbuk
1 sudu makan bawang putih ditumbuk
1 sudu makan tairu
Sedikit air
Garam dan serbuk ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

Ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong dibasuh dan toskan airnya. Jika suka ayam juga boleh tidak dipotong-potong. Gaulkan ayam dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk setelah itu kukuslah sehingga tiga suku masak. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumislah bahan yang telah digiling tadi sehingga wangi. Tambahkan air secukupnya, tairu, garam dan serbuk ajinomoto. Setelah mendidih, dan agak pekat, masukkan ayam yang telah dikukus tadi. Masaklah sehingga ayam empuk. Sesudah itu bolehlah diangkat untuk hidangkan bersama kentang goreng dan telur goreng mata kerbau.