Ramuan / Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar biji lada sulah
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
½ botol kecil kicap manis (Jalen)
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar biji lada sulah
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
½ botol kecil kicap manis (Jalen)
Sedikit air asam jawa
Cara-cara
Basuh ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan goreng kuning. Ketepikan.
Tumbuk lumat jintan putih, jintan manis, lada sulah, bawang merah, bawang putih dan halia. Mayang bawang besar nipis-nipis.
Pijarkan minyak, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
Masukkan air asam jawa dan ayam, biarkan seketika sehingga rempah mesra.
Masukkan kicap, kecilkan api, tutup kuali dan biarkan mendidih.