Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Kalasan Goreng Pedas

Ramuan / Bahan

1 ½ kg paha ayam(dibuang tulang)
2 inci halia(dikisar)
3 batang serai(dikisar)
200gm bawang merah(dikisar)
60gm bawang putih(dikisar)
1 liter santan
40gm cili boh
10gm serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula

Cara-cara

rebuskan daging ayam sehingga menjadi lembut,masukkkan bahan yang dikisar tadi bersama santan dan masak dengan menggunakan api yang perlahan.Tambahkan gula dan garam dan masak lagi selama beberapa minit.Apabila mendidih asingkan kuah daripada ayam,ayam yang telah diasingkan tadi hendaklah digoreng selama 5 minit apabila telah kekuningan angkat dan hidangkan