Ramuan / Bahan
1 ekor ayam dipotong 12
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
6 ulas bawang putih-ditumbuk halus
3 cm halia muda-ditumbuk halus
2 batang serai-dititik
3 labu bawang besar-dimayang nipis
3 biji buah pelaga
2 batang kayu manis 6 tangkai bunga cengkih
4 kuntum bunga lawang
3 cawan santan pekat
100 gm buah gajus
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak kacang
Garam-secukup rasa
Gula-secukup rasa
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
6 ulas bawang putih-ditumbuk halus
3 cm halia muda-ditumbuk halus
2 batang serai-dititik
3 labu bawang besar-dimayang nipis
3 biji buah pelaga
2 batang kayu manis 6 tangkai bunga cengkih
4 kuntum bunga lawang
3 cawan santan pekat
100 gm buah gajus
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar minyak kacang
Garam-secukup rasa
Gula-secukup rasa
Cara-cara
Bersihkan ayam dan perapkan dengan serbuk cili dan kunyit selama setengah jam. Tumis rempah (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, cengkih) dengan minyak sapi dan minyak kacang. Kemudian masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus.Bila agak kuning bawang dan halia tadi, masukkan pula daun pandan, serai serta bawang besar. Tumis hingga layu dan naik bau. Kemudian tuangkan santan dan biarkan api kecil dan masukkan ayam yang diperap tadi. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sentiasa sehingga santan kering dan menjadi warna coklat tua. Sebelum santan kering jangan lupa masukkan buah gajus.