Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Halia (Chicken Ginger)

Ramuan / Bahan

1 keping dada ayam.
5 cm halia muda.
2 batang daun bawang.
2 biji cili merah.
2 ulas bawang putih. 1 sudu makan sos tiram.
1 sudu makan kicap pekat.
1 sudu tepung jagung.
garam dan serbuk perasa.

Cara-cara

Potong isi ayam nipis-nipis memanjang.Halia dan cili merah dimayang halus memanjang juga.Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga kekuningan, masukkan halia muda, tumis lagi sampai halia kekuningan. Masukkan ayam,sos tiram,kicap,garam dan serbuk perasa dan sedikit air, masak sehingga ayam empuk. Untuk memekatkan kuahnya masuk tepung jagung dicampur dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan cili merah dan daun bawang.