Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Jipang

Ramuan / Bahan

500 gm beras pulut (dibasuh dan ditoskan)
250 gm gula pasir 250 gm gula merah
Sedikit marjerin

Cara-cara

Rendang beras pulut di atas api yang kecil hingga hampir kuning warnanya. Ketepikan. Buatkan sirap yang pekat dari kedua-kedua jenis gula. Masukkan beras hingga bergaul rata dan campuran menjadi sebuku. Angkat dari api. Pindahkan campuran tadi ke dalam acuan yang bersapu margerin. Tekankan padat-padat dan letakkan suatu benda berat di atasnya selama 20 minit. Potong jadikan bentuk empat persegi semasa ia masih hangat lagi. Hidangkan.