Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Goreng Kremes

Ramuan / Bahan

Bahan A.

1 ekor ayam (potong 8)
50 g tepung beras
1.5 sudu tepung ubi/tepung sagu
500 ml air
minyak untuk menggoreng Bahan B.

8 ulas bwg putih (kisar)
1.5 sudu teh ketumbar (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
2 helai daun salam (bay leaf)
1 cm halia (kisar)
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus ayam dengan 300ml air sehingga masak / air kering. Angkat dan toskan ayam. Selepas itu, goreng ayam hingga kuning keemasan.
2. Tumis bahan B hingga harum. Angkat dari kuali dan campurkan dengan 200ml air,tepung beras, tepung ubi/tepung sagu dan garam.
3. Goreng bancuhan tadi di dalam minyak yang banyak dan panas hingga kuning dan garing. Guna senduk untuk memudahkan menggoreng. Bila dah jadi , ini yang di namakan `kremes'.
4. Hidang dengan ayam goreng dan kremes.