Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Goreng Jawa

Ramuan / Bahan

Bahan giling:
2 batang lada merah (dibuang biji)
12 ulas bawang merah
2 camca teh ketumbar biji
2 camca teh gula Melaka
1 batang serai
2.5 sm lengkuas
2 biji buah keras
2.5 sm kunyit 1 ekor ayam (disiang dan dipotong-potong)
1½ cawan santan
1 camca sederhana asam jawa] diramas
4 camca besar air ] dan diperah
Garam secukup rasa
Minyak makan untuk menggoreng

Cara-cara

Di dalam sebuah periuk, gaulkan semua bahan kecuali minyak kecuali minyak masak untuk menggoreng. Didihkan perlahan-lahan hingga ayamnya empuk dan kuahnya kering. Angkatkan dari api. Pijarkan minyak hingga berasap. Gorengkan ayam yang telah dimasak tadi hingga berwarna kuning keemasan dan toskan.