Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Bungkus

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
½ kati tepung gandum
4 sudu besar marjerin
2 camca teh garam 4 biji telur ayam
½ sudu teh gula
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Ayam dipotong kecil-kecil dan dibersihkan. Tepung, telur, gula, garam, serbuk perasa, marjerin digaul rata-rata. Bubuh sedikit air jika terlalu pekat. Setelah ia sebati masukkan ayam. Panaskan kuali serta goreng hingga kuning. Hias dengan timun dan tomato serta cili jika suka.