Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Berserai

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam dipotong enam
Sedikit garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar minyak masak
4 batang serai, dititik
2 helai daun pisang
Bahan-bahan dikisar:

4 cm halia
4 batang serai
2 biji bawang besar
3 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
5 biji cili merah

Cara-cara

Gaulkan ayam dengan bahan kisar. Kemudian masukkan garam, serbuk lada sulah, serbuk perasa, serbuk cili dan minyak.

Perap selama setengah jam. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah Celcius.

Tuangkan sedikit minyak ke atas dulang pembakar. Ratakan. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi. Bubuh serai di atas ayam. Kemudian, ditutup dengan daun pisang.

Panggang ayam selama 45 minit atau hingga masak.