Spaghetti Bolognaise A

Ramuan / Bahan

Bahan:
* 2 bungkus minced meat/daging cincang (boleh didapati di pasaraya dan di kedai dingin beku - saiz dia tak ingat tapi standard ler kat mana2 pon)
* 1 tin kecil tomato paste
* 1 tin sederhana tomato puree (beza tomato paste dgn tomato puree ialah, tomato paste lebih pekat, yg puree tu cair. kalau sukakan pedas gantikan tin tomato puree dgn cili kisar. kalau suka masam, gunakan tomato paste dgn tomato puree je)
* 1 labu bawang putih (dicincang halus)
* 1 labu bawang besar - bwg kuning lebih sedap (dipotong kiub)
* 1 tin cendawan butang - pilihan (dipotong nipis/ikut suka)
* peket sayur campur/mixed vegetable - pilihan (cuci dan toskan utk hilangkan kesan sejuk beku)
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar
* minyak zaitun/sebarang minyak masak secukupnya utk menumis
* sedikit garam
* secubit gula - jika mahu

Cara-cara

Cara membuatnya:
- panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan tomato paste dan tomato puree bersama2 dan tumis sehingga merenih. jika menggunakan cili kisar, tumiskan cili terlebih dahulu baru masukkan tomato paste/tomato puree
- masukkan daging cincang dan tumis sehingga warna daging menjadi kelabu (hampir masak)
- masukkan garam secukup rasa, gula jika mahu, serbuk lada hitam dan sos tiram
- setelah rasanya sebati, masukkan cendawan dan sayur campur/mixed vege
- tumislah sehingga masak