Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Halwa Betik

Ramuan / Bahan

1 biji buah betik yang tua
1 kg gula pasir
1 bungkus gula batu Sedikit kapur sirih
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

Buah betik dibuang kulitnya dan diukir bentuk daun atau ikut suka hati. Cucuk dengan pin rata-rata supaya air gula nanti boleh menyerap. Bila sudah siap, jerangkan air panas. Celur selama tiga minit, angkat dan toskan. Rendam dengan air kapur selama satu hari, angkat dan bersihkan. Masakkan gula anggaran 200 gm dan warnakan hijau. Bila gula hancur, sejukkan. Kemudian masukkan halwa tadi dan biarkan satu hari satu malam. Kemudian buang air gula tadi. Masak lagi anggaran 300 gm, buat serupa tadi juga. Esoknya jerang air gula tadi dan tambah gula. Bila sejuk baru masukkan halwa. Buatlah begini sampai nampak serap gulanya dan jemur hingga kering.