Kuih Keria Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

satu kilo ubi kayu (di parut)
250 gram gandum
secubit garam
500 gram gula
cawan air
3 cawan minyak

Cara-cara

Parut ubi kayu kemudian perah ubi yang telah diparut dengan menggunakan kain kapas (putih)bagi menghilangkan rasa pahit, campur dengan gandum, garam dan gaul sehingga sebati.
Kemudaian bulatkan adunan kecil-kecil, buat seperti tayar kereta. Goreng adunan tadi dalam minyak penuh, angkat toskan. panaskan gula dengan air hingga menjadi pekat, masukkan adunan yang telah dibulatkan kedalam gula biarkan ia menjadi adunan tersebut bersalut dengan gula.