Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuih Kasui Senang Sedap

Ramuan / Bahan

2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 biji gula melaka
sedikit kapur sirih sedikit kicap
daun pandan
½ biji kelapa parut
(ambil putih sahaja)

Cara-cara

*didihkan 2 cawan air,masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan.
*campurkan tepung gandum, tepung ubi.bancuh dengan air hingga tidak berketul.
*masukkan kapur sirih hingga ada bau kapur pada adunan.
*masukkan air gula yang sudah ditapis dan juga sedkit kicap.
*adunan tadi haruslah tidak terlalu cair.
*masukkan dalam loyang dan kukus hingga masak