Tepung Bungkus Juita

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
Daun pisang Intinya:
biji kelapa muda parut
1 keping gula melaka
4 sudu besar tepung pulut

Cara-cara

Kelapa dimasak bersama gula melaka hingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau sehingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan tiga biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun.