Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Bebola Sardin

Ramuan / Bahan

1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya)
2 biji telur
2 keping roti (disiat kecil-kecil)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yan disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.