Roti Canai

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
cawan susu segar 3 sudu besar minyak
3 sudu besar marjerin
Sedikit air untuk menguli

Cara-cara

Campur tepung, telur, susu dan marjerin hingga lembut sambil dicampur air sedikit-sedikit. Bahagikan pada ketul-ketul kecil dan perap dengan minyak masak. Biar semalaman. Canai dan leperkan nipis-nipis. Panaskan kuali dan goreng. Bila masak, angkat dan tepuk-tepuk. Makan bersama kari ikan, kuah dal dan sambal tumis.