Pulut Udang

Ramuan / Bahan

Bahan inti:

100 gm udang
4 biji cili kering
2 batang serai
10 ulas bawang merah
sudu jintan manis
1 sudu besar minyak masak
Gula
Garam 900 gm pulut
1 biji kelapa
Garam
Daun pisang
Lidi

Cara-cara

Untuk membuat inti, udang dipotong kecil-kecil.

Cili kering dimesin bersama jintan manis.

Serai dan bawang merah dihiris halus.

Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan jintan manis tadi serta kacau.

Masukkan kelapa parut dan serai, garam, gula, udang dan bawang merah.

Kacau hingga masak dan ketepikan.

Rendam beras pulut semalaman. Bersihkan dan kukus hingga masak.

Pulut ini digaul bersama santan yang telah bercampur sedikit garam.

Layur daun pisang dan potong 7.5 x 15 cm.

Ambil 2 sudu besar pulut dan letakkan atas daun pisang tadi dan tekan pulut supaya leper.

Letakkan inti di bahagian dan gulung pulut berlapikkan daun pisang.

Matikan dengan lidi di hujung dan pangkal pulut udang ini.

Bakar pulut di atas api yang sederhana garing.