Pulut Dakap

Ramuan / Bahan

280 gm (1 pot) beras pulut (direndam semalaman)
cawan santan pekat daripada biji kelapa
1 sudu teh garam 10 - 12 helai daun pisang berukuran 20 cm x 15 cm (dilayur)
5 - 6 biji pisang kelat/awak/abu/ranum
Tali rafia secukupnya

Cara-cara

Pulut dikukus tiga suku masak, kira-kira 20 minit. Angkat pulut, masukkan ke dalam mangkuk besar. Kacau rata bersama santan bercampur garam. Kukus lagi hingga masak. Letak 1 sudu besar pulut di atas sehelai daun pisang. Leperkan pulut dan letak biji pisang yang dipotong memanjang. Lipat kemas seperti melipat lepat. Lekap dua bungkus berdakapan dan ikat dengan tali rafia. Kukus 10 minit atau hingga pisang masak.