Popia Pisang Goreng Bersirap Santan

Ramuan / Bahan

5 keping kulit popia
5 biji pisang berangan
sudu kecil serbuk kayu manis
1 biji telur
2 cawan minyak masak
1 sudu besar gula Sirap Santan:
5 sudu besar gula
2 cawan santan
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-cara

Untuk membuat popia pisang goreng, gula & serbuk kulit kayu manis disatukan sebelum digaulkan pada pisang yang telah
dibuang kulit, kemudian dibalut dengan kulit popia. Cara membalut sama seperti membuat popia. Pecahkan telur & sapukan pada bahagian hujung kulit popia agar ia tidak tertanggal. Panaskan minyak kemudian goreng popia pisang hingga kekuningan. Angkat & toskan sebelum dihidang bersama-sama sirap santan. Untuk mambuat sirap santan, satukan santan dengan gula pasir, garam & daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana
sehingga kuah menjadi pekat.