Popia Istimewa

Ramuan / Bahan

1 Paket kulit popia saiz besar
1 Paket isi ketam (dipotong kecil)
1 Paket sayur campur (sederhana)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar sos tiram cawan air
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ketam dan sayur campur.

Kacau, masukkan air, garam dan pati ayam. Biarkan hingga air kering dan sayur masak. Biarkan sehingga inti agak sejuk sedikit.

Masukkan inti keatas kulit popia, gulung seperti biasa. Goreng hingga keemasan.