Pisang Goreng Bersira Kismis

Ramuan / Bahan

6 biji pisang emas
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung kek
Garam Pewarna kuning
cawan air
Minyak masak
30 gm kismis kuning (dikisar halus)

Cara-cara

Tepung gandum, tepung kek, garam, pewarna kuning dibancuh dengan air.

Masukkan kismis kisar. Kacau sebati. Pastikan adunan sadurannya cukup pekat.

Panaskan minyak. Celupkan pisang emas yang telah dibuang kulitnya ke dalam tepung.

Kemudian goreng sampai kuning keemasan. Sirakan air gula ke atas pisang goreng sebelum dihidang.