Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kuih Kacau Keledek

Ramuan / Bahan

900 gm ubi keledek
1 mangkuk santan
5 biji telur 1½ mangkuk gula
½ tin kecil minyak sapi
Sedikit air

Cara-cara

Kupas ubi keledek dan rebus hingga empuk. Setelah itu, lecek hingga halus. Masak gula dengan sedikit air hingga pekat kemudian angkat dan sejukkan. Masukkan santan ke dalam ubi keledek yang telah dilecek tadi dan kacau sehingga sebati. Pukul telur hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam adunan ubi keledek. Kacau rata-rata hingga sebati. Setelah itu, masukkan air gula yang telah sejuk tadi dan minyak sapi. Kacau hingga sebati. Alihkan adunan ini ke dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacau adunan selalu hingga pekat dan liat. Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan dalam bekas. Kalau suka bolehlah dibentuk mengikut kesukaan.